By: Nurun Najmee Hasenan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  >  >>]    [Archive]
Sunday, 4-May-2008 01:23 Email | Share | | Bookmark
Tabahkan hatiku menerima dugaanMu Ya Allah

Fahim kat opis mama
Sibuk nak try kasut mama
Ok x Fahim pakai kasut ni?
View all 5 photos...
Dalam menjalani kehidupan seharian, pastinya kita akan melalui detik yang penuh dengan suka dan duka,pahit&manis serta cabaran yang menguji kesabaran, keimanan dan ketabahan hati kita. Anggaplah setiap yang berlaku itu sebagai anugerah atau dugaan dari Allah untuk mengingat kita agar bersyukur dengan nikmat yang diberikan dan sebagai pengajaran untuk menempuh hidup kita. Pastinya setiap kejadian yang berlaku itu ada hikmah yang tersembunyi. Sesungguhnya Allah maha mengetahui dan maha mengasihani.

Oklah panjang pulak mukadimah kali ni. Sebenarnya saya ingin berkongsi pengalaman sedih yang saya alami pada awal April lalu. Untuk pengetahuan kawan2 FP, saya baru bertugas harini setelah MC sebulan bermula pada 4 April lalu. Jadi agak lama juga saya menyepi dan tak berkesempatan untuk menjenguk kawan2 lain kerana internet kat rumah mmg slow. Tentu kwn2 nak tahu mengapa lama sangat saya MC kan. Ikutilah kisah selanjutnya.

Ingin menambah cahayamata
Saya rasa ada di antara kawan2 yang sudah tahu kisah saya sebelum ini di mana saya sukar untk mendapat anak disebabkan hormon saya yg rendah. Jadi saya& hubby merancang utk menambah cahayamata. Sejak umur Fahim 10 bln lagi kami telah mencuba tanpa bantuan apa2 ubatan.Kalu ikutkan mmgla Fahim masih kecil tapi kami dah bersedia nak tambah srg lagi memikirkan usia pun dah makin meningkat tambahan pula saya jenis yang sukar utk hamil. Jadi setelah mencuba hampir 5 bln masih juga tidak berhasil. Bagi sesetengah pasangan lain sudah tentu dah lama 'melekat' kan. Sebelum2 ni saya telah mendapat rawatan dan dr mengesyorkan saya mengambil pil subur "clomid". Dan mmg terbukti berkesan di mana selepas mengambilnya saya berjaya hamil. Cuma 1st time pregnant tu kandungan x menjadi so terpaksa buat D&C. Jadi pregnant kali kedua berjaya setelah ambil clomid jgk..lahirlah Fahim. Utk hamil kali ini saya merasa malas nak berjumpa doktor disebabkan prosedur dan mgkn jgk malas nak bersoal jawab dgn doktor. Sebelum ini,saya tidak tahu bhw clomid boleh didapati di Farmasi. Saya dpt tau clomid boleh dibeli pada februari dari rakan sekerja. Sebaik je tau apa lagi saya terus membelinya dan mula makan sewaktu dtg haid bulan februari tu. Saya ingin mencuba lagi sbb merasakan ia akan berhasil berdasarkan pada pengalaman lalu. X lama selepas tu pada awal bulan Mac setelah haid saya lewat seminggu, saya pun beli UPT utk cek. Mmg confirm positif. Saya rasa bersyukur krn berjaya jgk.Lebih2 lagi mase tu baru je lepas hari ulangtahun perkawinan kami. Tapi kegembiraan kami x lama, Pada akhir bulan Mac, saya telah turun darah dlm kuantiti sedikit2. Oleh krn bimbang jadi saya pergi ke pusat perubatan swasta An-Nisa utuk pemeriksaan lanjut. Dr pun cek dan buat scan. X nampak pun kantung dalam rahim. Dr syak kandungan luar rahim jadi suggest buat laparoskopik iaitu teropong melalui perut dan sedut. Oleh krn kos mahal saya mintak refer ke USM dulu.


Seminggu ditahan di wad
Pada hari yang sama iaitu hari Rabu, 2 April saya pergi ke kecemasan krn waktu itu dh petang so kena refer kat sana. Setelah amik contoh darah, saya ditempatkan di wad. Magrib tu saya di scan sekali lagi atas dan bawah dan doktor masih x nampak ape2. Jadi dr ingin buat pemeriksaan lanjut dan ingin menunggu keputusan darah. Saya pada ketika itu mmg tidak rasa sakit. Keesokannya keputusan darah menunjukkan bacaan HCG sebanyak 3750 iaitu agak tinggi. Dr bagitau kebiasaannya dgn bacaan tu dah boleh nmpk kandungan dlm rahim. So dr nak pantau lagi jadi kena amik darah lg selepas 48 jam drpd yg pertama diambil. Hari Jumaat mlm tu dr amik contoh drh lagi. Memandangkan keesokannya hari cuti jadi keputusan akan hanya diperolehi hari ahad@isnin. Sekiranya bacaan darah saya tu menunjukkan peningkatan, ia bermakna ada kandungan. Sekiranya ia turun bermakna kandungan itu x survive dan x menjadi. Patutla bila saya refer kes saya yg dulu sewaktu mengandung kali pertama, dr pun syak ectopic pregnancy(ngandung luar rahim) sbb x nmpk bila scan. Tp bacaan drh HCG yg 1st tu rendah dlm 400 lbh, dan kali kedua ia turun jadi 300 lbh. Jadi mmg sah kandungan tu x menjadi. Tapi yg kali ini bacaannya tinggi. Saya masih menaruh harapan agar kandungan ni dpt diselamatkan. Sepanjang berada di wad mmg saya berdoa agar sume selamat. Bayangkan jika terpaksa duduk dlm wad sedangkan anda rasa sht je. Mmg tersangat bosan. Setiap masa baring atas katil, time mkn kita mkn pastu tido. Itulah rutin hari2. RABU, KHAMIS,JUMAAT, SABTU dan akhirnya hari AHAD pun tiba! Pagi Ahad tu..team doktor saya pun dtg utk pemeriksaan lanjut. Kali ni Dr pakar ada bersama. Dr mulala buat lagi pemeriksaan dan scan atas dan bwh. Ntah apa diorg bincang sesama sendiri, saya pun x faham term2 yg diorg guna. Tapi apa yg saya fhm, mereka masih jugak x nmpk apa2 sign dlm rahim. Dr pakar pun decide buat laparoskopik sbb takut kalu betul ectopic mmg bahaya bila ia pecah dan mmg akan sakit sgt. So saya dijadualkan utk surgery tu pada keesokan harinya.

Keputusan surgery
Setelah mendengar nasihat dari dr, saya pun pasrah. Mmg xde rezeki saya kali ni. Petang tu saya pun tny keputusan drh hari jmt tu. Mmg bacaannya meningkat dari 3750 ke 5000 lbh saya x ingat. Bermaksud mmg ada kandungan tapi bila di scan x nmpk maka sahla kandungan luar rahim. Sebab kandungan saya tu dh 7 minggu, sepatutnya mmg blh nmpk bila scan.

Keesokan paginya salah seorang dr pun membuat rondaan cek yg biasa dilakukan ke atas semua pesakit. Dr pun ckp kat saya, mgkn bila buat surgery tu, mereka tidak akan jumpa apa2. Sekiranya berlaku mcmtu, dr akan tutup balik. Saya pun rase agak tenang bila dgr mcmtu. Tapi bila dr pakar sampai, lainla pula versinya. Dr bagitau ada 2 kemungkinan yg akan berlaku. Samada Dr akan sedut buang dan potong tiub falopio yg terlibat atau mgkn kedua2 tiub tu rosak dan dr terpaksa membuang kedua2nya. Cara utk saya dapat anak ialah melaui IVF yg kosnya memakan rm 20 ribu dan belum tentu ia akan berhasil. Sebaik je saya dgr dr ckp mcmtu, saya diam x terkata. x terlintas langsung di hati saya bhw ade kemungkinan yg sebegitu. Dr bgtau yg dia akan cuba buat keputusan yg terbaik utk saya nanti sebab masa tu mmg saya x akan sedar kerana dibius satu badan. Saya masuk OT lbh krg pukul 11 tghari. Sebaik saja dibawa masuk ke bilik OT, saya terus x sedar apa2. Mgkn sbb sebelum ke OT saya disuruh mkn ubat tido.

Lebih kurang pukul 1.30 tghari saya siap operate. Petang tu baru saya dpt tau keputusannya. Dr telah membuang tiub falopio sebelah kanan krn dah rosak. Alhamdulillah sebelah kiri ia berkeadaan baik dan sihat. Jadi saya masih berpeluang utk mengandung, InsyaAllah. Walaupun sedih saya pasrah dan redha dgn ketentuan Allah. Mudah2an dgn hny 1 yg tinggal ni, saya masih boleh menambah zuriat lagi. Semoga Allah murahkan rezeki saya dan mempermudahkannya, InsyaAllah. Pasti ada hikmah yg kita x tahu.

Selama seminggu saya tinggal di wad, saya dapat tau bermacam2 kisah yg dialami oleh org lain. Bila dapat tau org lain lebih menderita dan lbh susah dari saya, ia membuat saya bersyukur dgn apa yg saya ada skrg dan mengajar saya supaya tabah menghadapinya. Ada yang mengandung 7 bln tp anaknya mati dlm kandungan, ada yg 8 thn berusaha nk dpt anak, baru kali ni berjaya tp kena penjagaan rapi disebabkan kencing manis, ada yg menderita ketumbuhan dan yg terbaru sewaktu saya nak kuar dr wad ialah ibu muda yg pertama kali hamil dan sedang tunggu masa je nak bersalin tp belum sempat, anaknya dh mati dlm kandungan.SubhanAllah..berat juga dugaannya. Bayangkan tentu ibu itu telah membuat persediaan yg bersungguh2 dan tidak sabar menanti kelahiran cahayamatanya yg pertama. Adik bongsu saya Ena, yg berada di Rusia krn mengikuti program medic ialah org yg terakhir dlm keluarga dpt tahu berita ni. Dia menghantar sms yg cukup menyentuh hati saya dan dpt mententeramkan hati saya wpun saya xde pun menangis @ menitis air mata sepanjang saya berada di wad. Inilah kata2nya " Salam K.Ngah, sorry to hear d news, Byk2 sbr n bersyukur, kay. Org yg diuji Allah itulah org yg disayangiNya." X sangka adik saya dh matang rupenya. Tetapi kata2 yg ringkas itulah yg berjaya mendamaikan saya. Sepanjang saya berada di wad, student2 yg saya ajar ada jgk dtg melawat. Mereka siap ckp " teacher ni tabah gile", mgkn mase tu saya nmpk tenang je.

Saya dibenarkan pulang pada hari selasa keesokan harinya. Jadi oleh krn baru lps operate, mama sanggup utk menemani saya semalaman. Saya sebenarnya xnak menyusahkan mama sbb mama ada drh tinggi. Sejak kebelakangan ni pun mama susah nak tido jadi tekanan drhnya naik. Tp mama berkeras jgk nak jaga saya mlm tu. Terharu saya bila memikirkan pengorbanan mama walaupun x sht tp masih nak jugak temankan saya. Sesungguhnya segala jasa dan pengorbanan mama x dpt saya balas. Terima kasih mama! Melihat pada kesan tebuk tu, dr telah tebuk 3 tempat di bahagian perut saya iaitu di pusat dan di bawah abdomen sebelah kiri dan kanan. Lukanya x perlu dijahit, dr guna sejenis penyembur utk merapatkan balik kesan torehan@tebuk tu. Alhamdulillah setelah sebulan rehat kat umah, saya kini dah beransur sembuh.

Sebenarnya saya teragak2 jgk samada nk ceritakan kisah saya ni pada kwn2..ialah mgkn sesetengah org melihatkan ia sbg sesuatu yg peribadi. Tapi memikirkan ia boleh dijadikan teladan dan pengajaran buat org lain. Bukan semua yg kita hajat itu akan tercapai. Yang penting kita terus berusaha dan jgn putus asa. Doktor ada bgtau lain kali jgn ambil clomid tu sbb ia blh juga jd penyebab pada ectopic ni. Tapi mgkn juga dr nak jadikan ia penyebab sedangkan byk lg faktor lain yg blh jadi puncanya Wallahu'alam. Dr juga pesan bhw kemungkinan saya utk mengandung luar rahim ini ada 20% jadi dr nasihat supaya berhati2 dan jgn sampai ade infection. Bercakap ttg tabah, adakalanya di waktu saya bersendirian menghadap yg Esa, berderai jg airmata ini krn kesedihan. Saya menangis setelah 2 minggu menyimpannya dalam diam. Waktu itu pelbagai persoalan yg timbul dan kekesalan yg menyebabkan kita berfikir apa yg berlaku sekiranya kita tidak buat itu dan ini. Adakah keputusannya berbeza? Tetapi sbg umat Islam, kita x sepatutnya mempersoalkan benda yg telah berlaku krn ianya telah ditetapkan dlm qada' dan qadarnya. Kita hny boleh berusaha, berdoa dan bertawakal kpdNya. Yg selebihnya terserah pada Allah yg menentukan. Bersyukur dgn apa yg kita ada, krn ada org lain yg mgkn lebih malang dr kita.

Okla sampai sini dulu..panjang sgt cite kali ni. Mgkn ade yg xde masa nak baca. Oh ya saje je nk bgtau. Benda ni dh lepas tapi sbb dok umah jd x sempat nk update. Pada 26hb April lalu, genapla umur saya yg ke 30. Dah mula angka 3 ni rase mcm tua sgt Apepun semoga saya dan keluarga dimurahkan rezeki dan sentiasa dilindungiNya . Amin.

Sebelum berundur, nak letak gambar Fahim bersama cousin nya Afuww. Dah lama x letak gambar dia kan..k jumpa lagi..





Di bawah ni ada renungan untuk dikongsi bersama. My twin , Eny yg fwdkan kat email saya. Mgkn ade yg dah penah terima & baca. Apepun sesuai utk entry kali ini.

Quote:
JANGAN MENGELUH .........
Kita selalu Bertanya....................dan Al-Quran sudah menjawabnya.................

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12



Thursday, 27-Mar-2008 02:28 Email | Share | | Bookmark
BACKDATED ENTRY- OUR 4th ANNIVERSARY 19 MARCH

Again, I'm far behind in updating my fp..anniversary dah lama lepas baru harini ade mase nak update..well actually my akad nikah ceremony was held on 19 March 2004, but the wedding ceremony was held the following day..our wedding at that time was near to the election day. Perhaps some of you can remember the date of the 11th election day--yup 21 March 2004! So many of our relatives especially from the bridegroom side had to leave early to Raub. Nevertheless, the ceremony was a successful event.

So this year was my 4th anniversary..wow! I can't believe that it has been that long..how time flies..I'm so grateful to Allah for giving me such a wonderful life and blessed me with a dearest and loving hubby and adorable son Fahim. I hope that our love will always grow stronger each day and live in full of harmony and peace. May Allah bless us always and grant us life full of prosperity, success and joy.

Hmm..although it was a meaningful day for both of us,we didn't have the time to celebrate it. My husband was so busy in charge with some programmes that were related to the celebration of Maulidur Rasul so up till now we sort of postpone the occasion..hmm well since we already got our payment perhaps after this we'll do something about it Anyway not wanting to leave this fp without pictures, so I just put our wedding pic and pic of us after 4 years of marriage..you can see the huge transformation of us (getting bigger ). Anyway happy viewing.





AFTER 4 YEARS...



Wednesday, 12-Mar-2008 07:46 Email | Share | | Bookmark
Fahim dah 15 bulan

Salam untuk semua..nampaknya dah lama jugak saya membiarkan fp saya ni berhabuk..sejak2 akhir ni memang agak sibuk skit..so saya mintak maaf kepada rakan2 FP kerana tidak berkesempatan nak menjenguk kalian semua. Apepun bagi mengelakkan fp saya ni dari trus diselaputi sawang dan sebagainya, sukacitalah saya nak update skit perihal anak terunaku itu yang dah pun memasuki 15 bulan pada 7 Mac yg lalu. Memandangkan agak lama jugak saya x update pasal ni jadi mgkn sesetengah development Fahim tu semasa dia 13@14 bln gt.

Berikut adalah senarai perkembangan, pertumbuhan,pembesaran,aksi dan keletah Fahim

1) Dah pandai salam cium tgn bila disuruh
2) Dah pandai sujud bila kita cakap Allahu Akbar
3) Boleh sebut cat dan katak@tatak( sebenarnya merujuk kpd "kakak"-budak2 yg selalu dtg bermain di halaman rumah mama)
4) Dah pandai ajak kita ke mana2 tempat dgn menarik tgn kita dan menunjuk ke arah tempat tu
5)Bila Abah dia marah2 dia, fahim akan menangis panggey mama ( terharu den )
6)Suka sgt ajak pegi jln2 kat luar sambil berlari2 anak gt ( kiut je mama tgk)
7)Nak makan apa org lain makan dan akan mintak sampai dapat
8)Masih makan bubur nasi 2x sehari pd tghari n petang, susu 6@ 7 oz
9)Boleh faham instructions mudah mcm duduk,bangun, angkat tgn, ambil barang,pergi, mari sini,tepuk,give me five..
10) Dah tau mana kipas,lampu,kasut
11) Bila rasa sakit, dia akan sebut akit
12)Makin manja dan cepat mengamuk kalau x diberi apa yg dimahukan@ melarang dari sesuatu, cara protes dengan menghentak2 kakinya , klakar lak mcm lari setempat je
13) Dah pandai merebut brg drpd sepupu2 dia..sama2 x nak mengalah ni..ayoo
14) Hari2 mesti ajak atuk dia pegi kat belakang umah ada kolam ikan, dah tau pintu mana nak ke sana
15) Dah mahir turun n naik katil sendiri, naik atas sofa
16) Dah cuba2 naik tangga ngan kaki dulu, tp masih x harap takut tersembam
17) Setiap kali nak tido, mesti gentel2 rambut mama..habis kusut masai jadinya!




Fahim ni pandai ngorat perempuan..nak tau camana? Ada satu hari tu kami pegi supermarket, pastu dukungla Fahim ni sbb malas nak mengejar2 dia plak..so bila dok pilih2 brg ni..tiba2 fahim gelak dgn kuat sambil tgk ke satu arah..salesgirl tu dok senyum n lambai2 kat fahim..ooo biasalah tu.. fahim ni suke sgtla org dok agah kat dia..jd ingtkan sales girl tu yg stat dulu..so x lama kami pegi kat bahagian lain..kat area tu adela beberape sale girls dok setempat..fahim ni pun mulala taktik dia gelak ngan kuat..ala mcm yg dibuat2 tu..ahaha ahaha..ape lagi berjayala menarik perhatian diorang..ada yg cakap "eh dia suko(ketawa)",bila depa layan balik, suka sgt si Fahim ni..ish ish tu baru pangkat auntie2 dh pandai amik hati..fahim...fahim..

Hmm..apa lagi ye..rasenya cukupla dulu coretan kali ni..lain kali saya masukkan gmbr plak..k jupe lagi!



FAHIM SAYANG...



Thursday, 14-Feb-2008 05:21 Email | Share | | Bookmark
Mari berkelah di pantai!

Nak pegi mana ni mama?
Bestnya nak g pantai!
Mehla Fahim drive
View all 61 photos...
Salam sume..sorry la lama x update FP ni..gambarnya ade sangat tp x sempat memanjang..so kali ini nak letak gambar2 mase kami berkelah..actually yg ni dh outdated tp xpela kan..janji leh tgk

Ada dua sesi berkelah ni..yang 1st tu seminggu sebelum cuti CNY and the following week pergi lagi berkelah tp meriah skit sbb adik beradik join skali.Tambahan pulak anak saudara semuanya boys so havoc jgkla.. Makanan yg di makan pada kedua2 perkelahan tu pun lebih kurang sama je tp tetap sedap gitu

1st picnic - somewhere in Tok Bali ( xtau nama tempat tu)
Kami sampai sini lebih kurang pukul 11..kire lewatla tu..kononnya nak tolak awal pagi tp dok koh keh koh keh terlajak jgk..mujur xdela panas sangat..sepanjang berkelah tu angin pun meniup sepoi2 bahasa dan sekali sekala hujan turun ngan renyai..so mase tu saya n fahim dok dlm keta..tp abah n hubby dok leka memancing..ape taknya ini 1st time hubby saya pergi memancing di pantai..seronokla dia..tp rezeki kami x byk..adela dpt ikan 2-3 ekor je..ntah x ingat name ikan tu tp kecik2 je..kat sini mmg xde org..kirenya kami je yg dok berkelah di situ..so privacy la skit

okla ni la gambar2 yang sempat di ambil..

Pemandangan indah di pantai sekitar Tok Bali







Fahim seronok betul berjalan di atas pasir..teruja dia tengok air pantai tu

2nd picnic kat Pantai Sri Tujuh, Tumpat Kelantan

Sempena cuti CNY, kak long saya yg dok penang tu balik..so kami rancang pergi berkelah sekeluarga..eny pulak dari kuala krai trus pegi ke sini utk join skali tp anak sulung dia Muiz xde skali sbb dok kat umah mertua Eny..jadi dari 5 boys jadila 4 je..antara menu yg dimakan pada haritu ialah bihun goreng, sambal udang harimau, ayam bakar n kambing bakar sos lada hitam..ingat nak buat sotong bakar mcm picnic 1st tu sbb mmg sedap tp x sempat plak nk beli..xde org jual plak kat area pantai tu..mmg berselerala mkn ramai2 mcmni..cuaca pun baik dan berangin so okla x panas..hmm lain kali kena buat lagi sesi berkelah mcmni..nak lg meriah join ngan cousin2 gt

Pelbagai ragam dapat dilihat





Wednesday, 30-Jan-2008 09:49 Email | Share | | Bookmark
Gelagat si manjaku

yah yah
kita kena tutup pagar nih
jom buka plak
View all 6 photos...
Fahim sekarang makin lasak n buas..baru2 nih berturut-turut dia terhantuk kepala dia..kena kaki kusila..tersembamla..terjatuh tangga..haish anak mama ni mmg x leh dok diam.. habis benjol dahi n kepala dia..mula2 sebelah kiri dahi, pastu kat tgh plak, then sebelah kanan n last kat kepala.. Pastu ade plak kesan biru skit kat pipi dia..yg tu xtau kena apa..x boleh nk alpa walau seketika..

Ni gambar fahim tgh tgk kat luar umah..dia suke sgt jalan2 kat halaman umah tu n bukak pagar..larat jgk dia tarik n tutup pagar tu..okla enjoy the pics..








[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net